Monday, May 18, 2009

Kumbang Tak Tahu Malu..

Setiap terbit terbenam matahari
aku menanti hari yang cerah
di antara hari yang cerah
Untuk mengungkapkan
betapa hati ini
mengagumi keindahan bunga mawar itu

Setiap detik yang tak suka kompromi
dan tak akan pernah kompromi
Aku menunggu waktu yang tepat
untuk mengungkapkan betapa hati ini
menginginkan bunga mawar itu

sebagai seekor kumbang penuh hina
aku masih sadar, 1+1=2
Namun seandainya akan ada waktu bagiku,
aku adalah kumbang yang tak tau malu

Aku dan MAHA PENGASIH

Siapa aku?
pentingkah aku?
diinginkankah aku?
Layakkah aku?

aku ini seorang gadis
aku tidak tahu apa tujuan Tuhan
Menitipkan aku pada seorang Bonda
Melahirkan dan membiarkan aku menikmati dunia

Pentingkah aku?
Tak terjawab pertanyaan itu
Kerana aku sendiri tahu
ada yang mengingat aku, ada juga yang melupakanku

diinginkankah aku?
Tak terjawab pertanyaan itu
Kerana aku sendiri tahu
ada yang merasakan hadirku, ada juga yang membiarkanku

Layakkah aku?
tak terjawab olehku pertanyaan itu
kerana aku sendiri tahu
ada yang menghargaiku, ada juga yang membuangku.

aku hanyalah seorang gadis
gadis yang menyedari bahawa dirinya bukanlah siapa-siapa
Namun yang ku tahu hanyalah satu
bahawa aku memerlukan ENGKAU

Makna Hidup

Hidup ini s’lalu membingungkan
tanpa arah dan tujuan
ku terarah melebihi langkah
dan tak dapat melewati celah…

Hidup ini slalu membosankan
dan tak dapat kubayangkan
ku terarah melebihi langkah
dan tak dapat menatap yang indah

takkan ada jala seperti dulu lagi…
hidup sunyi dan slalu sendiri

Dan…dan aku pun s’lalu menghitung
langkahku tiada tujuan,…..
tujuan yang ku ingin kan kini
telah kembali kelam…….