Thursday, September 30, 2010

Apalagi yang Pantas diTakutkan^

Sebenarnya apa yang kau takutkan
Perbedaan ?
Bukankah sejak awal kita telah Beda
Tak satupun manusia yang kan sama
Kita berdampingan pun karena Beda yang kita bawa
Dia yang mampu, berbeda dengan kita yang tak mampu
Kita yang bisa, Berbeda dengan Dia yang tak bisa
Perbedaan buat kita paham bahwa kita lemah
Buat kita tau bahwa kita membutuhkan
Buat kita sadar bahwa kita tak pernah sempurna
Kau tak perlu takut
Perbedaan justru pertemukan kita dengan si Pelengkap
Pelengkap hati…Pelengkap hidup

Sebenarnya apa yang kau takutkan
Perpisahan ?
Perpisahan yang bagaimana …
Kita masih di satu tempat bernama Bumi
Satu tempat pijakan
Saat malam, Bulan yang kita lihat pun sama
Itu jadi bukti betapa dekatnya kita
Kau tak perlu takut
Perpisahan tak pernah ada

Sebenarnya apa yang kau takutkan
Kematian ?
Bukankah yang Hidup pasti menemui Mati..
Saat itu kita jelas telah Beda
Beda Dunia..Beda tempat..Juga Beda waktu
Saat itu kita jelas telah Pisah
Berpisah dengan semua yang di Dunia…
Berpisah dengan semua tempat yang pernah dipijak…
Berpisah dengan Kenangan tiap masa…
Saat itu kita takkan lagi bertemu dengan mereka yang kita Cinta
Takkan lagi bisa menatap mereka yang tercinta
Tapi kau tak perlu takut
Bukankah kita masih punya Cinta
Cinta tak berakhir hanya karena kita tak saling bertemu
Cinta tak usai hanya karena kita tak saling menatap
Bukankah Manusia tetap Mencintai Tuhan meskipun seumur hidup Mereka tak pernah Bertemu dan Bertatap muka dengan-Nya
Jadi sebenarnya apalagi yang kau Takutkan…

Tenanglah selalu
Ada aku menjagamu
Ada kau menjagaku
dan ada Tuhan menjaga kita
Apalagi yang pantas diTakutkan……….

mayangtunggadewi^

Saturday, September 25, 2010

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. sy rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi system metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimumlagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi system reproduktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktuini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang alam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dantulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketentera mandan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh

Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyeraptenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinyaa