Thursday, July 10, 2008

Menilai diri..

Lame tak menulis. Ni pun kawan yg ingatkan..haha..Kay hari ni saya nk kongsi ttg gambaran diri kita. Erm Perasan x kadang2 kita x sedar akan nilai diri kita. Kita adalah ciptaan Allah yang paling istimewa, sempurna, dan teeerunik..Ha..Tp sering kali kita slh berfikir, cthnya “Saya adalah seperti yang orang lain katakan tentang saya” atau ' saya akan mendapat gambaran diri saya dlm pendapat mereka ttg saya'. Pendapat merekalah yg seringkali melimitkan diri kita, membuatkan kita tak menjadi manusia yg sebenar. Padahal, sebagai ciptaan yg sempurna ,kita harus berani menjadi diri kita. Kita harus meyakinkan diri bahawa kita terbuka utk menerima kebenaran ttg nilai diri kita.

Sebenarnya nilai diri kita berkait rapat dengan cara kita memandang diri sendiri dan bagaimana kita berfikir tentang penilaian orang lain terhadap diri kita. Kadang kita terlalu terpaku pada pendapat umum. Contohnya, ada pendapat bhw org lain akan menghargai kita jika kita cantik/tampan, pintar, kaya, menarik, atau langsing. Sehinggakan org yang mempunyai bentuk badan yg tak ideal, bentuk muka yang kurang cun tak perlu dihargai. Xpatut..Jika kita terlalu mengikut rumus Harga Diri = Prestasi + Pendapat org lain, maka kita akn tertipu mengenai nilai diri kita.Penilaian yang salah tersebut membuat kita menjadi takut gagal, takut tak diterima dan takut dihukum..dan mengasingkan diri. Akibatnya kita takut untuk mencuba sesuatu sehingga kreativiti kita tak berkembang..Kalu perkara ini berterusan,bolehjadi anda menjadi org yg paling tak bahagia kerana tak mempunyai harapan,tak mempunyai tujuan, dan merasa hidup ni sia-sia dan tak memberikan hasil apa2 pun.

So, sedarlah kita bhw kita adalah Ciptaan Tuhan yg sangat berharga, kita mempunyai nilai, dan bhw kita perlu dihargai..Agar dihargai org lain, kita harus menghargai org lain jugek..!

ok, hope dapat sikit ilmu dr post nih.. =)

Renungan : Belajar ibarat seperti mengayuh melawan arus: tidak bergerak maju berarti akan beregerak mundur. (Learning is like rowing upstream: not to advance is to drop back).
Chinese proverb

Petua untuk sihat..

Petua Imam Syafie, 4 Perkara Untuk Sihat

mpat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama