Saturday, September 20, 2008

Aku Mencintaimu Bukan Agarku Bahagia..Tapi Kerana Sukar untukku Mencintai yang Lain..

Aku tahu,mencintaimu salah, membuat ramai orang marah. Aku jugatak membantah, siapapun yang mengingatkan betapa tak akan ada bahagia boleh yang kudapat darimu, dulu, kini dan sampai entah..

Bertemu denganmu sudah takdirku. Dekat denganmu adalah pilihanku. Tapi kini mencintaimu sungguh di luar kawalanku..

Aku mencintaimu, bukan demi kebahagiaan dan kemudahan hidup seperti yang mereka fikirkan. Tapi sungguh kerana tak akan kutemui siapapun yang lain menjadi tempat rasa ini kuberikan..

Dan kalian jangan lagi mengingatkan aku, bahawa mencintainya sebuah kesalahan. Aku sudah tahu, terlalu tahu..

Kerana aku mencintaimu, dengan segala yang ada, yang belum ada dan yang akan ada pada diriku..

Thursday, September 18, 2008

Holier-than-thou

Sebaikmanapun diri kta, sebanyak manapun amalan kita, setinggi manapun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Hari ini ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntuu ilmu..Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah..Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehingga hari kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah..Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sediakala hina lagi apabila kita merasa diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka.

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat..ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya..Tetapi golongan yang bersifat Holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya..Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sagabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..amin..

I Am wHo I Am

I am who i am.
Aku bukanlah apa yang orang fikirkan
Aku bukanlah pula sebagaimana yang aku mahu
Aku adalah sebagaimana aku dicipta
Sempurna, diberkati, dan memilik segala yang diperlukan untuk hidup dengan mukjizat demi hari..

Aku adalah sebagaimana Tuhan fikirkan mengenai aku
Aku dirancang dengan begitu sempurna.
Jika kamu ingin kenal penciptaku, kenalilah diriku..

I am who i am..

Aku Bukan Siapa-siapa

Aku lahir dengan ketiadaan
tidak mencuri apapun dari rahim ibuku..
jadi,
dengan apa kubanggakan diriku?

Aku akan pergi dengan ketiadaan pula.
meninggalkan kemegahan duniawi yang diberikan khalayak...
jadi,
dengan apa kuterngadahkan daguku?

Kerana aku bukan siapa-siapa...
siapa-siapa pin bukan aku..

Sunday, September 14, 2008

Tak Selalu Semudah itu..

Setiap pagi.. Saya bangun dan berkata pada diri saya..i hv 2 pilihan hari ini..Sama ada memilih untuk berada di dalam suasana yang baik atau memilih berada dalam suasana buruk..Dan pastinya sy akan memilih dalam suasana yang baik.

Setiap sesuatu yang terjadi pada diri saya, saya harus memilih untuk menjadi korban atau belajar dari kejadian itu. Dan saya selalu memilih untuk belajar dari kejadian itu. Setiap kali ada orang yang meluahkan keluhan, saya dapat memilih untuk menerima keluhan mereka atau memilih untuk mengambil yang positif darinya..Saya selalu mengambil yang positif.." TAPI…TAK SELALU SEMUDAH ITU...." hua..
Hurm.so..?

Thursday, September 11, 2008

Hari yang indah..

Hari ini aku memulai dengan senyuman
saat kau membuat ku pergi
karana aku benci kesalahan yang kecil

Pagi ini kita bergembira
sedang aku bermain dengan kesengsaraan

Di antara semuanya
kau dekati aku dan kau berikan aku hal yang paling tidak aku sukai
walau kau tak tau itu ada

Aku melayangkan semua fikiranku kepada pemilik hati ini
dan kutinggalkan kau dengan ketidak pastian

Aku pergi ... pergi jauh
tanpa kau sedari semua itu akan cepat usang

Dan sekarang aku menepi
menunggu sesuatu yang membuatku
Ada ...

Monday, September 1, 2008

Berat Segelas Air


Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:

“Berapa berat menurut anda segelas air ini?”

Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.

“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey.

“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.”

“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.” Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut.”

“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.


morale : jgn tangguh kerja..huhu bleh ke???