Thursday, September 18, 2008

Holier-than-thou

Sebaikmanapun diri kta, sebanyak manapun amalan kita, setinggi manapun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Hari ini ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntuu ilmu..Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah..Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehingga hari kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah..Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sediakala hina lagi apabila kita merasa diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka.

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat..ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya..Tetapi golongan yang bersifat Holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya..Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sagabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..amin..

No comments: