Saturday, September 20, 2008

Aku Mencintaimu Bukan Agarku Bahagia..Tapi Kerana Sukar untukku Mencintai yang Lain..

Aku tahu,mencintaimu salah, membuat ramai orang marah. Aku jugatak membantah, siapapun yang mengingatkan betapa tak akan ada bahagia boleh yang kudapat darimu, dulu, kini dan sampai entah..

Bertemu denganmu sudah takdirku. Dekat denganmu adalah pilihanku. Tapi kini mencintaimu sungguh di luar kawalanku..

Aku mencintaimu, bukan demi kebahagiaan dan kemudahan hidup seperti yang mereka fikirkan. Tapi sungguh kerana tak akan kutemui siapapun yang lain menjadi tempat rasa ini kuberikan..

Dan kalian jangan lagi mengingatkan aku, bahawa mencintainya sebuah kesalahan. Aku sudah tahu, terlalu tahu..

Kerana aku mencintaimu, dengan segala yang ada, yang belum ada dan yang akan ada pada diriku..

1 comment:

ungu said...

wahhh..sangatlah puitis dan mendalam