Monday, May 18, 2009

Aku dan MAHA PENGASIH

Siapa aku?
pentingkah aku?
diinginkankah aku?
Layakkah aku?

aku ini seorang gadis
aku tidak tahu apa tujuan Tuhan
Menitipkan aku pada seorang Bonda
Melahirkan dan membiarkan aku menikmati dunia

Pentingkah aku?
Tak terjawab pertanyaan itu
Kerana aku sendiri tahu
ada yang mengingat aku, ada juga yang melupakanku

diinginkankah aku?
Tak terjawab pertanyaan itu
Kerana aku sendiri tahu
ada yang merasakan hadirku, ada juga yang membiarkanku

Layakkah aku?
tak terjawab olehku pertanyaan itu
kerana aku sendiri tahu
ada yang menghargaiku, ada juga yang membuangku.

aku hanyalah seorang gadis
gadis yang menyedari bahawa dirinya bukanlah siapa-siapa
Namun yang ku tahu hanyalah satu
bahawa aku memerlukan ENGKAU

No comments: