Thursday, March 26, 2009

Puisi Hari Lahir

Pada hari ini, 23 tahun yang lalu
telah dijadikan oleh Tuhanku
seorang wanita, peneman sunyi
seorang wanita, pengisi kalbu
seorang wanita, pelengkap hidupmu..

Pada hari ini, 23 tahun yang lalu
telah aku berjanji pada Tuhanku
bahawa aku akan terima jalanku
sebagaimana kau juga berjanji pada Tuhanmu
Bahawa aku akan bersamamu
di satu masa, di tengah-tengah jalan ku

dan pada hari ini
aku bersyukur
kita bersama redha dan akur
terima janji kita yang ditabur
dengan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar
kita bertemu di jalan itu
dan mohon padaNya agar kita terus bersama
selamanya...

No comments: